Latar belakang Basyirah (lagu Siti Nurhaliza)

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian, Siti Nurhaliza menyifatkan "Basyirah" sebagai doa dan harapan buat Malaysia untuk segera menangani pandemik COVID-19. Beliau berkata:[2]

"Single "Basyirah" menterjemahkan sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat rakyat Malaysia untuk segera terhindar dari pandemik COVID-19 ini. Saya mengharapkan lagu Basyirah mampu memberikan semangat kepada seluruh warga dunia yang kini berdepan dengan wabak dan petugas barisan hadapan berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara,"[2]

"Basyirah" ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud "khabar gembira",[3] ia menandakan kerjasama kedua Siti bersama Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya dan yang pertama dalam tempoh lima tahun sejak "Mikraj Cinta" (2015).[2] Ia pada mulanya menjadi antara lagu yang dimuatkan dalam album terbaharunya. Siti mendedahkan demo lagu ini diterima agak lewat oleh Universal Music dan Siti Nurhaliza Productions untuk dimuatkan dalam album terbaharu, maka Siti dan pengurusannya sepakat menyimpan lagu ini untuk sebuah projek khas.[2] Lirik lagu "Basyirah" terpaksa dirombak beberapa kali untuk disesuaikan dengan kehendak Siti.[2]